DZ EMERALD SDN BHD diterajui oleh Dr. Hjh. Zahrah A.Kadir sebagai Pengarah Urusan dan Dr. Hj. Bajuri Kadmin sebagai Pengarah Eksekutif. Kedua mereka berpengalaman luas dalam perniagaan khususnya menerusi syarikat-syarikat yang diasaskan oleh mereka sejak tahun 1993 termasuklah B&Z Plastic Industry Sdn Bhd. B&Z Plastic Industry Sdn Bhd mempunyai lebih 25 tahun pengalaman di dalam bidang pengilangan, pembuatan, pembinaan dan pengedaran produk kesihatan yang menggunakan herba.
Menyedari yang dunia perdagangan tidak seharusnya dikecilkan dan dihadkan dengan sempadan tempatan, pasangan ini mengorak langkah membuka plaza membeli-belah dalam talian agar pengkalan data dan capaian pasarannya dapat diperluaskan.
Pada peringkat awal, DZ EMERALD SDN BHD menggunakan plaza ini untuk mengetengahkan produk-produk kesihatan berasakan herba, kecantikan dan gaya hidup, namun di masa akan datang rangkaian produk akan diluaskan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Plaza ini juga menawarkan ruang untuk usahawan-usahawan lain mengambil peluang meluaskan pasaran dan menjana lebih banyak pendapatan.
Plaza atas talian ini menawarkan alternatif membeli-belah yang lebih ringkas, santai dan mudah secara terus dari telefon pintar. Laman sesawangnya yang interaktif dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan, menjadikan urusniaga antara penjual dan pembeli lebih teratur dan telus